Permainan Baru (Palm Centro Smartphone)
4 11 2009
Ini adalah game akak yang terbaru. Nak kata beli pun tidaklah. Tapi akak ambil pakej celcom untuk agen insurans/takaful. Akak ambil pakej yang ada Palm Treo Centro Smartphone. Dah lama akak nak pakai handphone ni.Tapi manalah akak nak cokaukan duit nak boli eh. Dah ado pakej ni akak toruih sambarlah. Oklah akak tongah jakun nak main benda alah ni. Nanti-nanti akak updatelah. Kalau korang ado apo-apo nak tanyo pasal takaful dan insurans jangan malu-malu contact akak. Kok ado yang nak tahu pasal masuk spital ko, kaki terpeleot ko. Kok akak boleh tolong, akak tolong. Chawww
Comments : Leave a Comment »
Categories : Games
Masih Mood Hari Raya
29 09 2009Hari pertama bertugas, masih di dalam mood hari raya. Jadi buat pembaca yang singgah di sini, saya mengambik kesempatan ini untu mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.
Raya yang ketiga memang amat bermakna pada kami sekeluarga. Kakak yang dah hampir 8 tahun yang merajuk akhirnya dibukakan hati oleh Allah untuk pulang berhari raya. Bukannya duduk jauh pun, tak sampai pun 10minit berkereta. Alhamdulilah, akhirnya pujukkan saya berjaya melembutkan hatinya. Ayatnya mudah sahaja :” Kita ni dah tua, mak pun dah tua, umur kita tak tahu, entah aku, kau atau mak yang pergi dulu. Kalau kau sayangkan mak, kau baliklah, tapi kalau tak, terpulanglah. Jangan nanti bila mak dah takder kau melolong nak balik”.
Macam jejak kasih pulak rasanya. Apa pun syukur segala kekustan telah pun selesai. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bertaup jua, air di cincang tak akan putus. Kita bina buku baru.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Soal Hati
Personal Coaching Bersama Ammar
30 08 2009Semalam saya membuat pelaburan untuk diri sendiri, iaitu pelaburan terhadap ilmu. Saya telah mengambil keputusan untuk mendapatkan personal coaching bersama Ammar Zahar. Pakej yang saya ambil ialah pakej Affiliate. Alhamdulilah Ammar telah menerangkan cara-cara untuk menjadi affiliate yang berjaya. Apa yang penting sekarang ini adalah usaha. Usaha untuk mempraktikkan apa yang telah disampaikan.Hmm..pesan Ammar yang penting adalah jangan fed-up. Usaha dan usaha…
Comments : 2 Comments »
Categories : Uncategorized
SELAMAT BERPUASA
21 08 2009Saya dengan ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga puasa kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Saya juga ingin memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa, perbuatan dan sebagainya. Sekiranya ada yang terasa dengan penulisan saya disini, maaf di pohon. Semoga kita akan mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini.
Sekiranya anda menghargai nilai 1 sen disini saya ada link yang sesuai untuk anda.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Pelaburan Emas
28 07 2009Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan pelaburan emas.Sebagaimana yang di ketahui harga emas semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sebelum ini saya bukanlah orang yang berminat dengan pelaburan ini, walaupun ibu saya selalu bising supaya saya membeli emas sebagai salah satu instrument pelaburan . Maklumlah orang muda, tak minatlah kononya.Ibu adalah seorang yang berpandangan jauh, alhamdulilah dengan sifatnya yang suka membeli emas, ianya sering membantu apabila perniagaan kami mengalami kesukaran atau pun di ketika anak-anak memerlukan perbelanjaan persekolahan.
Kalau 10 tahun dulu harga emas ibu hanya bernilai RM10K, saya rasa sekarang tentu nilainya lebih dari RM20K.(Agaknyalah!).Namum masih belum terlambat rasanya untuk saya memulakan pelaburan emas ini. Jadi buat permulaan ini, saya membeli emas fizikal dan juga membuka Maybank Gold Account. Baru nak belajar-belajar, jadi tak boleh tamak-tamak.
Sekiranya anda memerlukan maklumat mengenai pelaburan emas sila klik link ini:
Comments : Leave a Comment »
Tags: EMAS
Categories : EMAS
Kenapa Asyik Lupa Jer.
19 07 2009Dalam minggu ni ada dua peperiksaan. Entah kenapa untuk kedua-duanya aku terlupa nak bawak purse. Terasa malangnya diri. Yang pertama tu purse tertinggal di opis. Terpaksa datang opis dulu untuk ambil purse. Dahlah jarak rumah ke opis 47km. Nasib baik tak ada apa. Semalam pulak dah sampi seremban baru teringat purse tinggal. Dahlah ada roadblock. Nasib baik jpj tu tak tahan n tanya lesen. Kalau tak naya kena saman.
Ada petua untuk hilangkan lupa? Bole share dengan saya.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Medical Card PRUBSN Takaful Limit 500K
14 07 2009Untuk maklumat semua medical card PruBSN takaful telah pun meningkat kepada RM500k untuk seumur hidup. Had tahunan masih lagi RM 50k. Dengan peningkatan ini akan menambahkan lagi peluang untuk mendapatkan rawatan yang terbaik di mana-mana hospital panel Prudential BSN Takaful. Oleh itu sediakan payung sebelum hujan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di email:- gn2_black@yahoo.co.uk.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Jangan Takut Jumpa Agen insuran
20 05 2009Saya tahu ramai diantara kita akan mengelakkan diri untuk berjumpa dengan ejen insurans.Ketakutan pada agen insurans umpaman macam berjumpa dengan along.
. Saya tidak salahkan anda sekiranya anda takut untuk bertemu dengan mereka ini.Mungkin anda pernah mengalami pengalaman yang pahit semasa berurusan dengan agen insurans.Namun begitu saya ingin memohon kepada anda, untuk membuka sedikit ruang kepada mereka yang bergelar agen insurans, manalah tahu sebenarnya anda memerlukan khidmat nasihat mereka.
Untuk makluman semua, saya adalah merupakan agen insurans secara part-time. Saya bernaung di bawah Syarikat PrudentialBSN Takaful. PruBSN Takaful menawarkan pakej perlindungan yang menarik iaitu dengan hanya bermula dengan RM100 anda akan mendapat 3 in 1.
1. Medical Hospitalisation ( Medical Card)
* Had Kos Rawatan Perubatan & Penginapan yang tinggi (sehingga RM450,000).
* Bil rawatan di bayar terus kepada hospital swasta
* Khidmat Doktor Pakar & dan kemudahan hospital swasta.
*Jadual pembedahan tanpa sekatan
*Rawatan kanser dan buah pinggang tanpa limit.
*Manfaat penjagaan jururawat di rumah
*Perlindungan 24 jam diseluruh dunia & bantuan perubatan antarabangsa
*Pelbagai elaun tunai disediakan:-
- Elaun harian hospital & wad icu
- Elaun pembedahan
- Elaun cuti sakit akibat kemalangan
2. Life Protection
* Elaun dana sara hidup akibat penyakit kritikal
* Pampasan kecacatan kekal akibat kemalangan
* (premium & saving tahunan percuma sehingga 80 tahun)
* Manfaat khairat kematian & elaun pengurusan jenazah
3. Saving Investment
* Pelaburan berdasarkan syariah
* Pelaburan di kuanter BSKL – Takaful dana ekuiti, Takaf ul dana urus dan Takaful dana bon
* Boleh membuat penukaran dana dan penambahan pelaburan pada bila-bila masa.
* Kadar pulangan yang tinggi
* Boleh membuat pengeluaran pada bila-bila maa tanpa tempoh matang
* Pengcualian cukai pendapatan sehingga RM9000
Untuk mendapatkan quotation percuma bolehlah hubungi saya di email gn2_black@yahoo.co.uk. YM: gn2_black. Dapatkanlah maklumat untuk keperluan untuk diri dan keluarga, dan jangan membeli insuran yang tidak sesuai dengan keperluan anda. Buatlah perbandingan harga terlebih dahulu.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Protected: Titik Genting
2 03 2009Comments : Enter your password to view comments
Categories : Uncategorized






Recent Comments