Pelaburan Emas

28 07 2009

Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan pelaburan emas.Sebagaimana yang di ketahui harga emas semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sebelum ini saya bukanlah orang yang berminat dengan pelaburan ini, walaupun ibu saya selalu bising supaya saya membeli emas sebagai salah satu instrument pelaburan . Maklumlah orang muda, tak minatlah kononya.Ibu adalah seorang yang berpandangan jauh, alhamdulilah dengan sifatnya yang suka membeli emas, ianya sering membantu apabila perniagaan kami mengalami kesukaran atau pun di ketika anak-anak memerlukan perbelanjaan persekolahan.
Kalau 10 tahun dulu harga emas ibu hanya bernilai RM10K, saya rasa sekarang tentu nilainya lebih dari RM20K.(Agaknyalah!).Namum masih belum terlambat rasanya untuk saya memulakan pelaburan emas ini. Jadi buat permulaan ini, saya membeli emas fizikal dan juga membuka Maybank Gold Account. Baru nak belajar-belajar, jadi tak boleh tamak-tamak.
Sekiranya anda memerlukan maklumat mengenai pelaburan emas sila klik link ini:





Kenapa Asyik Lupa Jer.

19 07 2009

Dalam minggu ni ada dua peperiksaan. Entah kenapa untuk kedua-duanya aku terlupa nak bawak purse. Terasa malangnya diri. Yang pertama tu purse tertinggal di opis. Terpaksa datang opis dulu untuk ambil purse. Dahlah jarak rumah ke opis 47km. Nasib baik tak ada apa. Semalam pulak dah sampi seremban baru teringat purse tinggal. Dahlah ada roadblock. Nasib baik jpj tu tak tahan n tanya lesen. Kalau tak naya kena saman.
Ada petua untuk hilangkan lupa? Bole share dengan saya.





Medical Card PRUBSN Takaful Limit 500K

14 07 2009

Untuk maklumat semua medical card PruBSN takaful telah pun meningkat kepada RM500k untuk seumur hidup. Had tahunan masih lagi RM 50k. Dengan peningkatan ini akan menambahkan lagi peluang untuk mendapatkan rawatan yang terbaik di mana-mana hospital panel Prudential BSN Takaful. Oleh itu sediakan payung sebelum hujan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di email:- gn2_black@yahoo.co.uk.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.