Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan pelaburan emas.Sebagaimana yang di ketahui harga emas semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sebelum ini saya bukanlah orang yang berminat dengan pelaburan ini, walaupun ibu saya selalu bising supaya saya membeli emas sebagai salah satu instrument pelaburan . Maklumlah orang muda, tak minatlah kononya.Ibu adalah seorang yang berpandangan jauh, alhamdulilah dengan sifatnya yang suka membeli emas, ianya sering membantu apabila perniagaan kami mengalami kesukaran atau pun di ketika anak-anak memerlukan perbelanjaan persekolahan.
Kalau 10 tahun dulu harga emas ibu hanya bernilai RM10K, saya rasa sekarang tentu nilainya lebih dari RM20K.(Agaknyalah!).Namum masih belum terlambat rasanya untuk saya memulakan pelaburan emas ini. Jadi buat permulaan ini, saya membeli emas fizikal dan juga membuka Maybank Gold Account. Baru nak belajar-belajar, jadi tak boleh tamak-tamak.
Sekiranya anda memerlukan maklumat mengenai pelaburan emas sila klik link ini:






salam…Betul tu kak..saya sendiri da bukiak gspa..for investment..sep last year..alhamdulillah nampak kenaikan yg bgs..lg2 mase raye aritu xsangker bley naek smpai 125/g.. dari beli barang kemas bek beli emas fizikal..xder kos upah yg berganda2..hehhe… hope lepas nih kite bley share ilmu same2… I’m also going 2 be PRU BSN agent..tp baru nak amek PCE