Bila Orang Tua Belajar.

18 12 2009

Baru sahaja selesai mengabiskan peperiksaan yang terakhir hari Rabu lepas.Agak sukar juga bila orang tua belajar. Maklumlah otak dah tak berapa fresh..kalau dulu dua tiga kali baca, mungkin dah boleh nak ingat. Tapi sekarang sungguh berbeza. Mungkin faktor umur( akak muda lagi..ahakss :-p) dah juga komitment kerja yang mendesak. Namum bagaimana pun, pantang undur sebelum berjuang, jawab tetap jawab. Keputusannya tunggu……..





SELESAI SATU TUGAS

24 11 2009

Alhamdulilah akhirnya sielesai segala tugasan yang perlu disiapkan. Lega satu beban. Syukur dengan bantuan dariNya, tugasan dapat di siapkan dengan baik, walaupun tidak sempurna mana, namun itulah yang terbaik yang mampu dilakukan.
Hasilnya juga mengikut apa yang telah dilakukan. Tapi syukur sebab dapat markah yang setimpal dengan usaha. So selesai urusan sendiri.
Namun ada lagi yang masih belum di sempurnakan, iaitu tugasan untuk pelajar.Inilah masa paling sibuk sekali, menanda kertas ujian dan mengira markah pelajar. Berpinar juga biji mata. Cadangannya semuanya perlu di siapkan sebelum hari selasa. Moga allah permudahkan segalah urusan dan segalanya berjalan sebagaimana yang di rancangkan .Amin.





Thing To do!

17 11 2009

Nampaknya bulan ini adalah bulan yang agak sibuk. Banyak sangat yang belum di selesaikan. Memang kalau nak ikutkan memang agak stress. Tapi sebagai yang di katakan oleh warikh, buatlah kerja dengan kegembiraan dan senyuman..Ahakss..

Saje nak tulis kat sini kerja-kerja yang masih belum selesai:

1. Pengesahan dan tandatangan portfolio pelajar

2. Assigment diri sendiri iaitu data structure dan distributed network

3. Ujian 2 untuk Matematik 1 dan Sains kejuruteraan 3

4. Kertas ujian yang belum bertanda.

Ada 2 minggu lagi sebelum date line..puh..kena pulun ni…





9 11 2009




Personal Coaching Bersama Ammar

30 08 2009

Semalam saya membuat pelaburan untuk diri sendiri, iaitu pelaburan terhadap ilmu. Saya telah mengambil keputusan untuk mendapatkan personal coaching bersama Ammar Zahar. Pakej yang saya ambil ialah pakej Affiliate. Alhamdulilah Ammar telah menerangkan cara-cara untuk menjadi affiliate yang berjaya. Apa yang penting sekarang ini adalah usaha. Usaha untuk mempraktikkan apa yang telah disampaikan.Hmm..pesan Ammar yang penting adalah jangan fed-up. Usaha dan usaha…





SELAMAT BERPUASA

21 08 2009

Saya dengan ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga puasa kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Saya juga ingin memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa, perbuatan dan sebagainya. Sekiranya ada yang terasa dengan penulisan saya disini, maaf di pohon. Semoga kita akan mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini.

Sekiranya anda menghargai nilai 1 sen disini saya ada link yang sesuai untuk anda.





Kenapa Asyik Lupa Jer.

19 07 2009

Dalam minggu ni ada dua peperiksaan. Entah kenapa untuk kedua-duanya aku terlupa nak bawak purse. Terasa malangnya diri. Yang pertama tu purse tertinggal di opis. Terpaksa datang opis dulu untuk ambil purse. Dahlah jarak rumah ke opis 47km. Nasib baik tak ada apa. Semalam pulak dah sampi seremban baru teringat purse tinggal. Dahlah ada roadblock. Nasib baik jpj tu tak tahan n tanya lesen. Kalau tak naya kena saman.
Ada petua untuk hilangkan lupa? Bole share dengan saya.





Medical Card PRUBSN Takaful Limit 500K

14 07 2009

Untuk maklumat semua medical card PruBSN takaful telah pun meningkat kepada RM500k untuk seumur hidup. Had tahunan masih lagi RM 50k. Dengan peningkatan ini akan menambahkan lagi peluang untuk mendapatkan rawatan yang terbaik di mana-mana hospital panel Prudential BSN Takaful. Oleh itu sediakan payung sebelum hujan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di email:- gn2_black@yahoo.co.uk.





Jangan Takut Jumpa Agen insuran

20 05 2009

Saya tahu ramai diantara kita akan mengelakkan diri untuk berjumpa dengan ejen insurans.Ketakutan pada agen insurans umpaman macam berjumpa dengan along. :-D . Saya tidak salahkan anda sekiranya anda takut untuk bertemu dengan mereka ini.Mungkin anda pernah mengalami pengalaman yang pahit semasa berurusan dengan agen insurans.Namun begitu saya ingin memohon kepada anda, untuk membuka sedikit ruang kepada mereka yang bergelar agen insurans, manalah tahu sebenarnya anda memerlukan khidmat nasihat mereka.
Untuk makluman semua, saya adalah merupakan agen insurans secara part-time. Saya bernaung di bawah Syarikat PrudentialBSN Takaful. PruBSN Takaful menawarkan pakej perlindungan yang menarik iaitu dengan hanya bermula dengan RM100 anda akan mendapat 3 in 1.

1. Medical Hospitalisation ( Medical Card)

* Had Kos Rawatan Perubatan & Penginapan yang tinggi (sehingga RM450,000).
* Bil rawatan di bayar terus kepada hospital swasta
* Khidmat Doktor Pakar & dan kemudahan hospital swasta.
*Jadual pembedahan tanpa sekatan
*Rawatan kanser dan buah pinggang tanpa limit.
*Manfaat penjagaan jururawat di rumah
*Perlindungan 24 jam diseluruh dunia & bantuan perubatan antarabangsa
*Pelbagai elaun tunai disediakan:-
- Elaun harian hospital & wad icu
- Elaun pembedahan
- Elaun cuti sakit akibat kemalangan

2. Life Protection

* Elaun dana sara hidup akibat penyakit kritikal
* Pampasan kecacatan kekal akibat kemalangan
* (premium & saving tahunan percuma sehingga 80 tahun)
* Manfaat khairat kematian & elaun pengurusan jenazah

3. Saving Investment

* Pelaburan berdasarkan syariah
* Pelaburan di kuanter BSKL – Takaful dana ekuiti, Takaf ul dana urus dan Takaful dana bon
* Boleh membuat penukaran dana dan penambahan pelaburan pada bila-bila masa.
* Kadar pulangan yang tinggi
* Boleh membuat pengeluaran pada bila-bila maa tanpa tempoh matang
* Pengcualian cukai pendapatan sehingga RM9000

Untuk mendapatkan quotation percuma bolehlah hubungi saya di email gn2_black@yahoo.co.uk. YM: gn2_black. Dapatkanlah maklumat untuk keperluan untuk diri dan keluarga, dan jangan membeli insuran yang tidak sesuai dengan keperluan anda. Buatlah perbandingan harga terlebih dahulu.





Protected: Titik Genting

2 03 2009

This post is password protected. To view it please enter your password below:








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.