Adat Perpatih

Dalam adat perpatih terdapat banyak nilai-nilai murni yang di terapkan dalam kehidupan melalui kata-kata adat yang indah. Walaupun sering di pandang sinis oleh masyarakat luar, namun keindahan bahasa adat perlulah di martabatkan oleh anak negeri sendiri. Sebagai generasi muda yang masih mengamalkan adat perpatih ini saya ingin berkongsi keindahan dan kemulian budi dalam kata-kata adat walau pun semasa berlakunya penceraian. Walaupun kata-kata adat ini tidak di amalkan pada masa ini, namun saya tetap ingin berkongsi.

 Adat Bercerai

Menteri (gelaran si suami)

nampaklah pada hari ini jatuhlah kehendak Allah

bak kata orang tua-tua

kok putus tak boleh di hubungi

kok patah, tak boleh disambung

kok pocah, kito ini adat di kandung adat

adat yang datar

pusako nan satu

adat tidak bertukar

setio tak berubah

muafakat tidak beralih

apo kato muafakat dahulu

semaso menteri menyomondo disini

bukit samo di daki

lurah samo di turuni

cicir samo rugi

dapat samo labo

tanah sokopal digunungkan

Air setitik di lautkan

Tetapi menteri

pada hari nan sari ini

kok malam nak semalam ni

datanglah kohondak Allah

rezeki maut tanah perkuburan

dan jodoh seperti kuaso allah belako

Jadi nampaknya

pada hari ini

pada malam ini

datanglah kuasa allah

jodoh pertemuan menteri

dongan anak buah sayo

putuslah nampaknyo

jadi kemudian daripada itu

hidup berperuntungan

mati berhukum allah

kasih berpertuan

suarang beragih

carian bahagi

pembawaan kembali

dapatan tinggal

menteri,

kata yang habis cerai

yang pergi laki orang

yang tinggal bini orang.

Namun bagi tanggapan orang luar lingkungan adat perpatih berpendapat sekiranya bercerai dengan perempuan negeri sembilan mereka akan tinggal sepinggang. Tetapi sebenarnya tidak, betapa adilnya adat perpatih ini cuba renungkan kata-kata adat ini:

suarang beragih

carian bahagi

pembawaan kembali

dapatan tinggal.

Perbilangan adat ini bermaksud harta yang didapati sepanjang perkahwinan akan di bahagikan sama rata. Namun harta suami yang dibawa semasa awal perkahwinan boleh diambil oleh suami sekiranya mahu. (ishhh..takkan nak ambil kot..buruk siku sehhh)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.